Sunday, 21 December 2014

Makan-makan: Coconut Shake Original Klebang

20 November 2014

Masih hari yang sama, selepas masuk muzium kapal selam tu, kami pusing-pusing di tepi pantai klebang. Memang ramai yang berniaga. Macam-macam, terutamanya coconut shake la. Tapi Hubby dah ajak cari Coconut Shake yang original tu. Yang ramai beratur panjang tu. Kebetulan masa tu pulak masih panas amat. Jadinya, kami nie pun malas nak turun dari kereta.

Yang terkenal di pantai Klebang nie merupakan bas-bas lama yang dijadikan gerai jualan dan tempat makanan. Tapi sebab memang malas nak turun, nie gambar dari dalam kereta aje la yer:

Lepas tu, kami pun cari la tempat Coconut Shake yang terkenal tu. Kami ikut jer pakcik Google tu, jumpa la.

Ingat nak take away, tapi tengok queue dia memang panjang amat. Cuba tengok nie:

Makanya Hubby pun masuk ke dalam cari parking. Besar rupanya tempat makan dia nie. Macam-macam ada selain coconut shake. Ramai yang makan nasi lemak daun pisang dia. Nampak memang sedap. Kuih muih pun ada. Tapi sebab kami masih kekenyangan, maka kami decided nak cuba coconut shake dia aje.

Kami order Coconut Shake Special. Apa yang special? Alaa .. dia letak ice-cream, sama macam konsep ABC special.

Murah je.. RM2.20 segelas untuk Coconut Shake Special nie. Apa yang aku agak, dia letak air kelapa, isi kelapa, pas tu air batu untuk jadi Coconut Shake nie. Ada rasa kenyal-kenyal isi kelapa tu sikit. Tapi, tak tahu lah.. aku tak dapat nak menikmati kesedapan air nie. Sama ada ice-cream tu yang dah spoil kan rasa air kelapa tu; ataupun ice blended tu yang menyebabkan 'brain-freeze' sampai tak leh nak kata sedap ke tak air yang famous amos sangat tu. Oh kejap..nie gambar air tu yer:

Tapi, sebab adik tak habis minum, kami pun masukkan dalam bekas dan bawak balik. Ingat yer, kalau rasa tak habis, baik bawak tumbler siap-siap sebab take-away cup tu dia charge RM3.

Bila dah sampai umah, air pun dah cair. Baru la dapat rasakan memang sedap rupanya air nie... Ngeeee

-mommy-

No comments:

Post a Comment