Tuesday 23 December 2014

Resipi Daging Masak Hitam

Umur aku dah cecah 40 tahun baru aku nak belajar masuk dapur. Terlambat? Tak apa la... biar lambat asal selamat... hahaha tak de kena mengena kan.

Ini lah pertama kami memang tak akan ambil bibik dan tak duduk bersama orang tua. Jadi kena pandai-pandai la nak hidup. Kesian kat anak-anak kalau asyik makan luar. Dah tak tau nak beli dan makan apa dah. So terpaksa la aku belajar memasak... huhuhuhuhu..

Baru-baru nie hubby ada beli daging jadi semalam aku bercadang nak masak daging masak hitam. Seperti biasa, guru ku yang paling setia... pakcik gugel. So dalam banyak-banyak resipi, aku cari la yang agak mudah. Tapi kan... errrrr resipi nie kena pakai ketumbar, jintan putih dengan jintan manis (betul tak nama dia ek? aku dah lupa laa). Dan kes yang paling sadisnya, aku tak kenal pun bahan2 tu.

Tak apa aku pun pegi kedai runcit dan memang tak de la nak segan-segan, aku tanya aje lah.. "Saya nak beli ketumbar bla bla bla", dia pun tunjuk tempat yang patut di cari. Fuh!! Mujur semua berlabel. Tak susah pun kan ?? Cuma tak jumpa jintan manis.. ker jintan putih?

Isyk serius aku confuse. Meh aku jap,  nie gambar dia..... Ohhh... Macam lebih kurang sama aje kan... 


So, lepas balik keje, aku pun cuba la masak daging masak hitam ikut resipi nie: 

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg daging (dipotong nipis)
  • 2 ulas bawang merah - labu besar (dikisar)
  • 2 ulas bawangg putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 ulas bawang besar (dimayang)
  • 2 sudu cili giling
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar 
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 cawan kicap pekat
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit minyak masak (untuk menumis)
  • Lada merah (hiasan)
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan-bahan kisar bersama cili giling, bunga lawng dan kulit kayu manis sehingga wangi.  
  2. Campurkan sekali serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar bersama sedikit air (jadikan pes) dan masukkan dalam bahan tumis. Kacau sekata.
  3. Kemudian masukkan daging dan air secukupnya. Biarkan air kering sehingga daging empuk.
  4. Setelah daging empuk, masukkan kicap pekat, air asam jawa, garam, serbuk perasa dan sedikit gula secukupnya. 
  5. Gaul dan kacau sekata dan biarkan kuah pekat bersalut pada daging.
  6. Selepas tu boleh la masukkan bawang besar yang dimayang. Biarkan bawang layu sedikit boleh la padamkan api. 
  7. Siap dan sedia dihidangkan. 
Resipi di atas, aku dapati dari sini:

Berpeluh-peluh sampai ke kaki juga la nak masak nie.. hahahahha .. Jangan gelak ok. 
Kejap kejap aku tengok phone.. check step by step..Akhirnya.. jadi la jugak... 
Sedap!! Anak aku la yang kata hahahaha.. 

Yang kelakar tu, part bawang besar yang di mayang tu lupa pulak nak masukkan.. Padahal ada je kat tepi periuk tu. Nampak tak, betapa kalutnya aku memasak?  :P 

-mommy-


Sunday 21 December 2014

Makan-Makan: Johnny's Restaurant

Kesian anak2 ku sebab tak pernah bawak dan expose kan diorang dengan steamboat. Ada rancangan nak bawak diorang masa birthday aku hari tu, tapi tak jadi la pulak..

Biasa la, kalau plan tak jadi, kalau tak plan, jadi pulak :0

Hari nie sebenarnya nak makan di Kenny Rogers sebelum bawak budak2 nie cari barang2 persekolahan. Tapi, bila lalu depan Johnny's tu, rasa macam terpanggil-panggil pulak nak singgah. Walaupun ramai orang, tak putus putus. Tapi customer service dia memang superb!!
Saya bagi 4 bintang!!!

Sementara menunggu meja di luar, kami telah diberi menu dan pesanan kami pun di ambil. Oleh sebab ini merupakan julung-julung kami di restoran tersebut, pekerja dia dengan sabar memberi penerangan dan 'recommendation'. Sebaik meja sedia, mereka mempersilakan kami masuk. Dan tak lama selepas itu, pesanan kami pun sampai.

Kepada yang peghak  pertama kali macam kami, Johnny's Restaurant nie bukan hanya hidangan steamboat. Ada juga makanan ala-carte, nasi goreng, nasi ayam dan lain-lain. Dan kalau nak makan steamboat, di atas meja tu dah disediakan induction cooker untuk kita rebus pilihan makanan kita tu. Steamboat nie makanan rebus-rebus, celur celur cam tu je. Lepas tu makan dengan sos dia. Sup tu pun sedap kalau kita nak hirup. Nak pedas lagi, campur kan dengan tomyam.. Wallaaaa!!!

Aku pun mujur pernah pergi dengan boss lama dulu, ada la jugak idea nak buat camana. Eh!! Masa kita pergi Korea dulu tu, bukan kita makan steamboat jugak ke ??

Abang tarik muka juga mula-mula sebab dia nak ikut rencana asal, ke Kenny Rogers. Adik pun tak berapa nak keen dengan steamboat nie. Mujur order nasi goreng nenas dan nasi ayam yang sangat sedap. So, kenyang juga la mereka nie.

Bila ice-cream sampai, lagi la Abang dan Adik happy. Adik yang mula-mula "tak boleh makan ice-cream sebab batuk" tiba-tiba offer nak habiskan semua ice-cream. Hahahahah. Mujur Kakak jugak yang paling sporting :D

-mommy-

Makan-makan: Coconut Shake Original Klebang

20 November 2014

Masih hari yang sama, selepas masuk muzium kapal selam tu, kami pusing-pusing di tepi pantai klebang. Memang ramai yang berniaga. Macam-macam, terutamanya coconut shake la. Tapi Hubby dah ajak cari Coconut Shake yang original tu. Yang ramai beratur panjang tu. Kebetulan masa tu pulak masih panas amat. Jadinya, kami nie pun malas nak turun dari kereta.

Yang terkenal di pantai Klebang nie merupakan bas-bas lama yang dijadikan gerai jualan dan tempat makanan. Tapi sebab memang malas nak turun, nie gambar dari dalam kereta aje la yer:

Lepas tu, kami pun cari la tempat Coconut Shake yang terkenal tu. Kami ikut jer pakcik Google tu, jumpa la.

Ingat nak take away, tapi tengok queue dia memang panjang amat. Cuba tengok nie:

Makanya Hubby pun masuk ke dalam cari parking. Besar rupanya tempat makan dia nie. Macam-macam ada selain coconut shake. Ramai yang makan nasi lemak daun pisang dia. Nampak memang sedap. Kuih muih pun ada. Tapi sebab kami masih kekenyangan, maka kami decided nak cuba coconut shake dia aje.

Kami order Coconut Shake Special. Apa yang special? Alaa .. dia letak ice-cream, sama macam konsep ABC special.

Murah je.. RM2.20 segelas untuk Coconut Shake Special nie. Apa yang aku agak, dia letak air kelapa, isi kelapa, pas tu air batu untuk jadi Coconut Shake nie. Ada rasa kenyal-kenyal isi kelapa tu sikit. Tapi, tak tahu lah.. aku tak dapat nak menikmati kesedapan air nie. Sama ada ice-cream tu yang dah spoil kan rasa air kelapa tu; ataupun ice blended tu yang menyebabkan 'brain-freeze' sampai tak leh nak kata sedap ke tak air yang famous amos sangat tu. Oh kejap..nie gambar air tu yer:

Tapi, sebab adik tak habis minum, kami pun masukkan dalam bekas dan bawak balik. Ingat yer, kalau rasa tak habis, baik bawak tumbler siap-siap sebab take-away cup tu dia charge RM3.

Bila dah sampai umah, air pun dah cair. Baru la dapat rasakan memang sedap rupanya air nie... Ngeeee

-mommy-

Cuti Sekolah 2014: Melaka - Muzium Kapal Selam

20 November 2014.

Sebenarnya kami ada kenduri kawin sepupu hubby yang di buat di Restaurant Tomyam Terapung.
Dah kenyang makan kenduri, masa untuk jalan jalan di Melaka. Hubby kata nak bawak kami pergi tengok Kapal Selam. Kapal Selam?? Eh terkejut jugak... rupanya Muzium Kapal Selam.

Muzium nie terletak di Pantai Klebang. Tak ada sign board dari luar. Dah dekat-dekat baru ada. So, kena pandai2 la cari. Dah la tak ada proper jalan lagi, jalan berpasir dan bertanah lagi. Kalau hujan, memang cun la kereta kena make-up.

Untuk masuk ke muzium nie, harga yang di kenakan adalah:
Dewasa: RM3
Kanak-kanak (bawah 12 thn): RM1

Aku tak ada la minat sangat nak masuk. Tambahan pula kepala tengah sakit. Tapi layan aje laaa.

Ok nie gambar kapal selamnya:

Nak masuk tu, kena buka kasut/selipar kat bawah. Kaedahnya, diorang malas la kot nak vacum dalam tu, dengan pasir apa bagai kan.

So, apa ada kat dalam kapal selam yer? Ini lah dia..


Engine dan sebagainya. Dapat la tengok tempat tido dan pantry crew. Great idea untuk orang yang nak maximise ruang :). Entah .. tak ada apa yang best sangat pun bagi aku.

Kalau dia buat kapal selam tu memang dalam air.. (err camana nak masuk ek?? Haaa masuk dari atas.. baru thrill)... pas tu bila tengok dari tingkap, nampak dalam air laut. Baru la best kan kan kan..

-mommy- 



Friday 19 December 2014

Yeay! Kami Ada Blog

Yeay!! Sekarang kami sekeluarga dah ada blog untuk bercerita mengenai apa saja. Blog nie, mungkin di tulis oleh anak atau anak atau anak atau mak atau bapanya. :)